
CERAMAH UMUM PAKATAN RETAK MENANTI BELAH
PROGRAM JUARA RAKYAT

BAJET 2010 BERTERASKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT – MB PERAK
IPOH, 28 OKTOBER 09 – Menteri Besar Perak, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir membentangkan Bajet 2010 Negeri Perak berjumlah RM739.58 juta dengan defisit diunjurkan berjumlah RM23 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Beliau berkata keadaan bajet defisit itu tidak dapat dielakkan kerana hasil yang dianggarkan tidak dapat menampung perbelanjaan yang semakin meningkat namun kadar defisit itu berkurangan berbanding defisit RM25 juta pada Bajet 2009.
Bajet 2010 keseluruhannya berjumlah RM739.58 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM560.58 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM179 juta bagi tujuan pembangunan, katanya ketika membentangkan bajet itu. Peruntukan RM179 juta bagi perbelanjaan pembangunan itu mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri untuk merealisasikan transformasi yang meletakkan kepentingan rakyat di mercu keutamaan tanpa mengira batas kaum dan politik, jelasnya.














